Tuesday, 13 November 2012

TV Oh TV !

Assalamualaikum :)

Sejak final exam telah berakhir dan menandakan cuti semester sudah bermula, aku berasa sungguh teruja. Teruja kenapa ? Sebab, aku bakal menjalankan hari2 yang indah dan rilex di kediaman ku sendiri yang terletak di Parit Buntar. Di sebalik kesibukan para pelajar Kolej Islam Antarabangsa bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran untuk final exam, aku pula sentiasa terbayang suasana di rumah. TV, katil ku yang empuk, teddy2 yang tersusun rapi di atas katil, dapur ku yang penuh dengan pelbagai makanan, penghawa dingin, dan kereta Matrix kesayangan ku sentiasa berpusing-pusing dalam kepalaku. NO amal NO ! kau kena fokus dekat final exam yang berbaki 2 paper lagi ! "Okey, FINAL EXAM first"

Di saat aku keluar dari dewan peperiksaan setelah selesai memerah otak untuk menjawab kertas yang terakhir, tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan gembira aku pada saat itu. Terasa seperti burung merpati yang sudah dibebaskan daripada sangkarnya dan dia mampu terbang sejauh mana yang dia mahu. Tapi sayang nya aku bukan lah burung yang mempunyai sayap utntuk terbang. AKU HANYA LAH MANUSIA YANG DIKURNIAKAN 2 KAKI UNTUK BERJALAN. Aku bersyukur ya allah !

Setibanya aku di rumah, tatkala aku menjejak kaki ke dalam rumah, aku terus memikirkan apakah aktiviti yang perlu dilakukan bagi mengisi masa yang terluang yang agak panjang. Malangnya penumpuan aku dalam memikirkan aktiviti apa yang patut dilakukan telah terganggu oleh bunyi televisyen LCD yang seperti memanggilku untuk menontonnya. Otak aku yang sedang berfikir terus berhenti dan menyerahkan tumpuannya kepada televisyen yang gah berdiri dan menyiarkan rancangan2 yang menarik. Begitu hebatnya kuasa TV :)

Hari ini, sudah masuk hari yang ke-6 aku berada di rumah dan TV masih menjadi peneman setiaku. Di manakah aktiviti2 yang perlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang ku? Adakah hanya menonton televisyen? Setiap hari, ada sahaja rancangan2 menarik yang disiarkan membuat aku terlekat di hadapan TV sambil alat kawalan jauh yang sentiasa berada di sebelahku. Dari pagi hingga ke lewat malam, aku tidak jemu menonton TV. Tapi aku masih melakukan kerja harian seperti membasuh baju, menjemur baju, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Nasib lah aku masih rajin ! :)

Buat kawan2 di luar sana, aku nasihatkan, kawal lah diri anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada teknologi canggih di masa kini antaranya ialah TV. Masih banyak agenda yang boleh dilakukan instead of watching television. Dont have a potato life ! Have a healthy life ! :D Bye2.

Menghirup udara segar ~



No comments:

Post a Comment