Tuesday, 13 November 2012

11 November 2012

ONE GREAT DAY IN PENANG WITH MY FAMILY :)

Assalamualaikum :)

Tiada perasaan yang lebih teruja dan gembira selain dapat meluangkan masa bersama family yang tersayang . Tanpa mereka siapa lah aku untuk menikmati saat2 bahagia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sesungguhnya aku lah manusia yang paling bertuah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain . Syukran ya Allah :)

Pukul 6.30 pagi , aku telah dikejutkan oleh bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu kamarku. Kedengaran suara lembut berkata "Amal, bangun Subuh amal !" Aku yang masih terpisat-pisat di atas katilku segera menyahut , "Ye umi, Amal bangun niii.." Setelah menjalankan tanggungjawab yang wajib sebagai umat Islam, niat di hati ini ingin menyambung semula tidurku yang terganggu sebentar tadi. Tiba-tiba, "Amal! Bangun pergi mandi. Jangan tidur balik, kita nak ke Penang makan nasi kandar. Bangun gerak Manal (adik aku) tu." "Baik umi.."

Pagi tersebut aku bersiap ala kadar. Aku mengenakan blouse warna jingga lembut , tudung jingga serta jeans putih. Kami tiba ke Restoran Nasi Kandar Kg Melayu yang terletak di Air Itam selepas 30 minit perjalanan dari Parit Buntar. Kami sempat singgah di Gelugor untuk mengambil dua orang makcik ku yang sangat rapat iaitu 'Mama' dan Mak Edah :)

Hati aku berasa sungguh senang tatkala melihat umi ku sangat berselera menikmati kelazatan nasi kandar di situ. Begitu juga dengan abuya , adik dan makcikku yang lain. Kadang2, rasa makanan tersebut boleh menjadi lebih lazat disebabkan rempah 'kasih sayang' yang dicampurkan bersama dengan makanan. Kemudia, kami berenam berkunjung ke rumah bekas pemandu abuya ku yang suduh uzur. Aku memanggilnya sebagai Tok Jalil. Sayu hati ini apabila melihat sekujur tubuh yang lesu dan kurus berbaring di atas tilam. Aku hanya mendengar bait-bait perbualan yang dibualkan oleh abuya bersama Tok Jalil. Aku sebagai orang muda ini tidak elok untuk menyampuk orang2 tua bercakap, jadi aku hanya mendiamkan diri sambil melihat sekeliling rumah itu. Aku berasa sungguh terharu apabila melihat sifat abuya ku yang sangat mengenang jasa dan masih sudi berkunjung untuk menziarahi bekas pemandunya. Masa abuyaku kecil2 dulu, Tok Jalil selalu dukung abuya, hantar abuya sampai ke kelas, dan sekarang ? Daripada abuya yang kecil yang selalu didukung, telah menjadi dewasa dan sudah mempunyai anak. Perbezaan usia tidak membataskan ikatan silaturrahim yang dikekalkan oleh abuyaku. Aku harus menjadikan peristiwa ini sebagai contoh dan teladan untuk aku.

Destinasi seterusnya, kami menuju ke Seagate untuk menikmati air kelapa muda di tepi pantai . Udara yang nyaman serta cuaca yang agak panas sehingga menyebabkan tekak kami kering, membuatkan air kelapa yang dihirup menjadi lebih manis dan lazat. Aku mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama adikku di tepi pantai. Setelah perut diisi dan tekak dibasahi, kami pulang ke rumah Mama yang terletak di Gelugor untuk beristirehat dan menunaikan solat fardhu Zohor. 

Pada malamnya, kami telah memilih Padang Brown sebagai destinasi makan malam. Kepelbagaian makanan di situ sangat mengujakan. Campur2, mee goreng mamak, sotong kangkung serta moi sup telah menjadi pilihan untuk santapan kami pada malam tersebut. Kami saling berkongsi makanan dan bertukar-tukar cerita. Pada malam tersebut juga lah kami pulang ke kediaman kami di Parit Buntar setelah penat berjalan satu hari di Pulau Pinang :)

Ketika ziarah Tok Jalil

Umi, mama , mak edah bersama isteri Tok Jalil

Mama dengan Manal nak jadi superwomen !

umi dengan aku pun nak jugak :D

Punya posing lah tepi pantai :D

Minum air Kelapa dengan makan pisang goreng!



No comments:

Post a Comment