Assalamualaikum :)
Selamat pagi Rabu semua. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya :) Pagi ni saya bangun agak awal disebabkan oleh keperitan anak tekak ku yang makin pedih. Semalaman aku tidak lena tidur dek kerana menahan sakit ini. Aku akan terus meneguk air masak sebanyak yang mungkin dengan harapan kepedihan ini akan beransur hilang. Doakan saya cepat sembuh ye kawan-kawan :)
Berbalik kepada tajuk post saya di atas, 'Tolong Jangan Main2 dengan Hukum Agama'. Ya, masih ada segelintir hamba Alah yang memandang remeh tentang hukum agama kita iaitu Islam. Oh, bukan segelintir, tapi SEBILANGAN BESAR yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sedang saya membaca tweet2 di timeline, tiba-tiba saya teringat tentang seorang hamba Allah yang suata masa dahulu saya pernanh menjadi follower beliau di Twitter. Tapi itu dahulu, sekarang aku dah 'unfollow' hamba Allah tersebut dek kerana tidak tahan membaca tweet2 nya dan melihat gambar2 nya. Mesti anda semua tidak faham kan apa yang saya cuba sampaikan ini? Let me make you clear about this :)
Bulan Ramadhan sudah 4 bulan berlalu. Aku masih ingat kemeriahan di rumahku tatkala kami berbuka puasa bersama-sama dan solat berjemaah beramai-ramai termasuklah solat tarawih. Begitu indah sekali bulan Ramadhan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai umat Islam. Pada bulan tersebut, hati ku berasa amat tenang dan damai. Walaupun aku perlu membuat pelbagai kerja di bulan puasa, Aku tidak merasa lelah dan penat, mahupun kapar dan dahaga. Manfaat yang kita dapat daripada Bulan Ramadhan begitu banyak wahai kawan-kawan :)
Namun begitu, bukanlah hal ini yang aku mahu perkatakan. Ada seorang hamba Allah ini, merupakan individu yang agak terkenal di kalangan 'followers' nya di laman sosial Twitter. Dia sering memberikan tweet2 yang berkaitan dengan hukum agama dan senang cerita semua tweet nya bertemakan Islamic. Dia juga meletakkan gambarnya bertudung sebagai profile picture walaupun semasa aku kenal dia, dia seorang perempuan yang tidak bertudung. Aku amat bersyukur melihat perubahan dia. Sesungguhnya dia mampu menggunakan pengaruhnya sebagai medium untuk berdakwah biarpun kecil-kecilan, sudah memadai.
Suatu hari, teman rapatku yang juga kenal hamba Allah tersebut menunjukkan sesuatu kepadaku. Oh, rupanya gambar hamba Allah tersebut di profile BBM. Aku sedikit terejut kerana dia meletakkan gambarnya yang tidak bertudung. Tapi aku masih berfikiran positif dan mengatakan bahawa kemungkinan dia lupa untuk menukar gambarnya.
Di Twitter, dia begitu marah kerana ada sesetengah orang menidakkan perubahannya yang berbeza di twitter dan di BBM. Dia ada mengatakan bahawa semua orang tidak sempurna. Dia juga mengatakan kita tidak boleh memaksa diri kita untuk berubah secara mendadak. Ya, aku masih bersetuju dengan pendapatnya. Memang tiada paksaan dalam agama Islam.
Bulan Ramadhan sudah berlalu, menjelang pula Hari Raya Aidilfitri. Nah, aku dapati dia sudah menukar gambar nya di Twitter dengan meletakkan gambarnya yang tidak bertudung. Aku mulai berasa pelik dan hairan. Apa yang paling mengejutkan aku, dia berkata dalam Twitternya, "Tidak semestinya kita mesti bertudung untuk membuktikan kita ni ISLAM" Astaghfirullahalazim.
Apa yang merisaukan saya, pengaruhnya yang besar itu telah mempengaruhi para pengikutnya yang rata-rata masih bersekolah. Sudah ramai yang menganggap bahawa perempuan tidak perlu memakai tudung kerana kita masih Islam walaupun tidak menutup aurat. Hamba Allah tersebut telah memandang remeh tentang hukum wajib sebagai umat Islam iaitu menutup aurat dan apa yang paling besar, dia telah MAIN2 DENGAN HUKUM AGAMA ! Renung-renungkan ya kawan-kawan :)
Sekian saja untuk tinta saya kali ini, semoga kita bertemu lagi ! Bye2 .
![]() |
| comel kan saya pakai tudung ? :) |

No comments:
Post a Comment