Tuesday, 13 November 2012

TV Oh TV !

Assalamualaikum :)

Sejak final exam telah berakhir dan menandakan cuti semester sudah bermula, aku berasa sungguh teruja. Teruja kenapa ? Sebab, aku bakal menjalankan hari2 yang indah dan rilex di kediaman ku sendiri yang terletak di Parit Buntar. Di sebalik kesibukan para pelajar Kolej Islam Antarabangsa bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran untuk final exam, aku pula sentiasa terbayang suasana di rumah. TV, katil ku yang empuk, teddy2 yang tersusun rapi di atas katil, dapur ku yang penuh dengan pelbagai makanan, penghawa dingin, dan kereta Matrix kesayangan ku sentiasa berpusing-pusing dalam kepalaku. NO amal NO ! kau kena fokus dekat final exam yang berbaki 2 paper lagi ! "Okey, FINAL EXAM first"

Di saat aku keluar dari dewan peperiksaan setelah selesai memerah otak untuk menjawab kertas yang terakhir, tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan gembira aku pada saat itu. Terasa seperti burung merpati yang sudah dibebaskan daripada sangkarnya dan dia mampu terbang sejauh mana yang dia mahu. Tapi sayang nya aku bukan lah burung yang mempunyai sayap utntuk terbang. AKU HANYA LAH MANUSIA YANG DIKURNIAKAN 2 KAKI UNTUK BERJALAN. Aku bersyukur ya allah !

Setibanya aku di rumah, tatkala aku menjejak kaki ke dalam rumah, aku terus memikirkan apakah aktiviti yang perlu dilakukan bagi mengisi masa yang terluang yang agak panjang. Malangnya penumpuan aku dalam memikirkan aktiviti apa yang patut dilakukan telah terganggu oleh bunyi televisyen LCD yang seperti memanggilku untuk menontonnya. Otak aku yang sedang berfikir terus berhenti dan menyerahkan tumpuannya kepada televisyen yang gah berdiri dan menyiarkan rancangan2 yang menarik. Begitu hebatnya kuasa TV :)

Hari ini, sudah masuk hari yang ke-6 aku berada di rumah dan TV masih menjadi peneman setiaku. Di manakah aktiviti2 yang perlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang ku? Adakah hanya menonton televisyen? Setiap hari, ada sahaja rancangan2 menarik yang disiarkan membuat aku terlekat di hadapan TV sambil alat kawalan jauh yang sentiasa berada di sebelahku. Dari pagi hingga ke lewat malam, aku tidak jemu menonton TV. Tapi aku masih melakukan kerja harian seperti membasuh baju, menjemur baju, memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Nasib lah aku masih rajin ! :)

Buat kawan2 di luar sana, aku nasihatkan, kawal lah diri anda supaya anda tidak menjadi hamba kepada teknologi canggih di masa kini antaranya ialah TV. Masih banyak agenda yang boleh dilakukan instead of watching television. Dont have a potato life ! Have a healthy life ! :D Bye2.

Menghirup udara segar ~



Tolong Jangan Main2 dengan Hukum Agama

Assalamualaikum :)

Selamat pagi Rabu semua. Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya :) Pagi ni saya bangun agak awal disebabkan oleh keperitan anak tekak ku yang makin pedih. Semalaman aku tidak lena tidur dek kerana menahan sakit ini. Aku akan terus meneguk air masak sebanyak yang mungkin dengan harapan kepedihan ini akan beransur hilang. Doakan saya cepat sembuh ye kawan-kawan :)

Berbalik kepada tajuk post saya di atas, 'Tolong Jangan Main2 dengan Hukum Agama'. Ya, masih ada segelintir hamba Alah yang memandang remeh tentang hukum agama kita iaitu Islam. Oh, bukan segelintir, tapi SEBILANGAN BESAR yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Sedang saya membaca tweet2 di timeline, tiba-tiba saya teringat tentang seorang hamba Allah yang suata masa dahulu saya pernanh menjadi follower beliau di Twitter. Tapi itu dahulu, sekarang aku dah 'unfollow' hamba Allah tersebut dek kerana tidak tahan membaca tweet2 nya dan melihat gambar2 nya. Mesti anda semua tidak faham kan apa yang saya cuba sampaikan ini? Let me make you clear about this :)

Bulan Ramadhan sudah 4 bulan berlalu. Aku masih ingat kemeriahan di rumahku tatkala kami berbuka puasa bersama-sama dan solat berjemaah beramai-ramai termasuklah solat tarawih. Begitu indah sekali bulan Ramadhan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita sebagai umat Islam. Pada bulan tersebut, hati ku berasa amat tenang dan damai. Walaupun aku perlu membuat pelbagai kerja di bulan puasa, Aku tidak merasa lelah dan penat, mahupun kapar dan dahaga. Manfaat yang kita dapat daripada Bulan Ramadhan begitu banyak wahai kawan-kawan :)

Namun begitu, bukanlah hal ini yang aku mahu perkatakan. Ada seorang hamba Allah ini, merupakan individu yang agak terkenal di kalangan 'followers' nya di laman sosial Twitter. Dia sering memberikan tweet2 yang berkaitan dengan hukum agama dan senang cerita semua tweet nya bertemakan Islamic. Dia juga meletakkan gambarnya bertudung sebagai profile picture walaupun semasa aku kenal dia, dia seorang perempuan yang tidak bertudung. Aku amat bersyukur melihat perubahan dia. Sesungguhnya dia mampu menggunakan pengaruhnya sebagai medium untuk berdakwah biarpun kecil-kecilan, sudah memadai. 

Suatu hari, teman rapatku yang juga kenal hamba Allah tersebut menunjukkan sesuatu kepadaku. Oh, rupanya gambar hamba Allah tersebut di profile BBM. Aku sedikit terejut kerana dia meletakkan gambarnya yang tidak bertudung. Tapi aku masih berfikiran positif dan mengatakan bahawa kemungkinan dia lupa untuk menukar gambarnya. 

Di Twitter, dia begitu marah kerana ada sesetengah orang menidakkan perubahannya yang berbeza di twitter dan di BBM. Dia ada mengatakan bahawa semua orang tidak sempurna. Dia juga mengatakan kita tidak boleh memaksa diri kita untuk berubah secara mendadak. Ya, aku masih bersetuju dengan pendapatnya. Memang tiada paksaan dalam agama Islam.

Bulan Ramadhan sudah berlalu, menjelang pula Hari Raya Aidilfitri. Nah, aku dapati dia sudah menukar gambar nya di Twitter dengan meletakkan gambarnya yang tidak bertudung. Aku mulai berasa pelik dan hairan. Apa yang paling mengejutkan aku, dia berkata dalam Twitternya, "Tidak semestinya kita mesti bertudung untuk membuktikan kita ni ISLAM" Astaghfirullahalazim.

Apa yang merisaukan saya, pengaruhnya yang besar itu telah mempengaruhi para pengikutnya yang rata-rata masih bersekolah. Sudah ramai yang menganggap bahawa perempuan tidak perlu memakai tudung kerana kita masih Islam walaupun tidak menutup aurat. Hamba Allah tersebut telah memandang remeh tentang hukum  wajib sebagai umat Islam iaitu menutup aurat dan apa yang paling besar, dia telah MAIN2 DENGAN HUKUM AGAMA ! Renung-renungkan ya kawan-kawan :)

Sekian saja untuk tinta saya kali ini, semoga kita bertemu lagi ! Bye2 .

comel kan saya pakai tudung ? :)

11 November 2012

ONE GREAT DAY IN PENANG WITH MY FAMILY :)

Assalamualaikum :)

Tiada perasaan yang lebih teruja dan gembira selain dapat meluangkan masa bersama family yang tersayang . Tanpa mereka siapa lah aku untuk menikmati saat2 bahagia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Sesungguhnya aku lah manusia yang paling bertuah kerana dikurniakan sebuah keluarga yang saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain . Syukran ya Allah :)

Pukul 6.30 pagi , aku telah dikejutkan oleh bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu kamarku. Kedengaran suara lembut berkata "Amal, bangun Subuh amal !" Aku yang masih terpisat-pisat di atas katilku segera menyahut , "Ye umi, Amal bangun niii.." Setelah menjalankan tanggungjawab yang wajib sebagai umat Islam, niat di hati ini ingin menyambung semula tidurku yang terganggu sebentar tadi. Tiba-tiba, "Amal! Bangun pergi mandi. Jangan tidur balik, kita nak ke Penang makan nasi kandar. Bangun gerak Manal (adik aku) tu." "Baik umi.."

Pagi tersebut aku bersiap ala kadar. Aku mengenakan blouse warna jingga lembut , tudung jingga serta jeans putih. Kami tiba ke Restoran Nasi Kandar Kg Melayu yang terletak di Air Itam selepas 30 minit perjalanan dari Parit Buntar. Kami sempat singgah di Gelugor untuk mengambil dua orang makcik ku yang sangat rapat iaitu 'Mama' dan Mak Edah :)

Hati aku berasa sungguh senang tatkala melihat umi ku sangat berselera menikmati kelazatan nasi kandar di situ. Begitu juga dengan abuya , adik dan makcikku yang lain. Kadang2, rasa makanan tersebut boleh menjadi lebih lazat disebabkan rempah 'kasih sayang' yang dicampurkan bersama dengan makanan. Kemudia, kami berenam berkunjung ke rumah bekas pemandu abuya ku yang suduh uzur. Aku memanggilnya sebagai Tok Jalil. Sayu hati ini apabila melihat sekujur tubuh yang lesu dan kurus berbaring di atas tilam. Aku hanya mendengar bait-bait perbualan yang dibualkan oleh abuya bersama Tok Jalil. Aku sebagai orang muda ini tidak elok untuk menyampuk orang2 tua bercakap, jadi aku hanya mendiamkan diri sambil melihat sekeliling rumah itu. Aku berasa sungguh terharu apabila melihat sifat abuya ku yang sangat mengenang jasa dan masih sudi berkunjung untuk menziarahi bekas pemandunya. Masa abuyaku kecil2 dulu, Tok Jalil selalu dukung abuya, hantar abuya sampai ke kelas, dan sekarang ? Daripada abuya yang kecil yang selalu didukung, telah menjadi dewasa dan sudah mempunyai anak. Perbezaan usia tidak membataskan ikatan silaturrahim yang dikekalkan oleh abuyaku. Aku harus menjadikan peristiwa ini sebagai contoh dan teladan untuk aku.

Destinasi seterusnya, kami menuju ke Seagate untuk menikmati air kelapa muda di tepi pantai . Udara yang nyaman serta cuaca yang agak panas sehingga menyebabkan tekak kami kering, membuatkan air kelapa yang dihirup menjadi lebih manis dan lazat. Aku mengambil kesempatan itu untuk bergambar bersama adikku di tepi pantai. Setelah perut diisi dan tekak dibasahi, kami pulang ke rumah Mama yang terletak di Gelugor untuk beristirehat dan menunaikan solat fardhu Zohor. 

Pada malamnya, kami telah memilih Padang Brown sebagai destinasi makan malam. Kepelbagaian makanan di situ sangat mengujakan. Campur2, mee goreng mamak, sotong kangkung serta moi sup telah menjadi pilihan untuk santapan kami pada malam tersebut. Kami saling berkongsi makanan dan bertukar-tukar cerita. Pada malam tersebut juga lah kami pulang ke kediaman kami di Parit Buntar setelah penat berjalan satu hari di Pulau Pinang :)

Ketika ziarah Tok Jalil

Umi, mama , mak edah bersama isteri Tok Jalil

Mama dengan Manal nak jadi superwomen !

umi dengan aku pun nak jugak :D

Punya posing lah tepi pantai :D

Minum air Kelapa dengan makan pisang goreng!



Sila Senyum Sebelum Membaca Post Ini :)

Assalamualaikum :)

haaa anda dah senyum ? Belum lagi ? Alahhhh kenapa susah nak senyum nii , ada masalah ye :) Aku ada satu gambar untuk buat awak senyum :)


Angkat tangan ! Anda telah dikepung !


Hehe , soo funny right ? Funny and cute ! :) Kalau awak tak senyum jugak taktahu lah. Hee. Okey, sebelum aku merapu lagi teruk , baik aku go straight to the point . Harini aku rasa badan aku tak sedap je, rasa sengal2, rasa lenguh2, and macam2 lagi lah. Awat dengan aku ni ? Tekak pun rasa pedih je. Adakah ini tanda tandanya aku akan mengalami demam ? Oh god ,  mintak dijauhkan aku dari segala penyakit. Esok aku akan ada long journey to go. Tak sedap lah rasa badan ni kalau demam. Macam mana nak enjoy :(

Tapi, dalam demam2 aku ni pun, aku masih mampu untuk membantu umi aku kemas2 rumah. Maklum lah , nak tinggal rumah lama2 kan, mana boleh biar rumah bersepah sepah :) Aku tolong umi kemas dapur, simpan pinggan mangkuk semua, kemas ruang Tv, AND AKU RASA puas SANGAT DAPAT BERBAKTI KEPADA IBU AKU WALAUPUN BENDA KECIK JE :) So bagi anda di luar sana , ingat lah ayat ini 'BIRRULWALIDAINI' yang bermaksud berbaktilah anda kepada ibu bapa anda. Korang kena ingat, berbakti ni tak semestinya kena bagi baju mahal2 , duit beribu ribu, tapi cukup lah korang mampu mengurangkan beban dorang walaupun sedikit. 

Aku sentiasa ingat ayat ini, so aku akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada umi and buya aku. Ingatlah, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, walaupun engkau dukung ibumu sambil mengelilingi kaabah sebanyak beberapa kali, dan melakukan umrah beberapa kali pun , masih tidak dapat menandingi jasa ibu mu yg melahirkan dan membesarkan kamu :)

Aku akhiri coretan aku dengan sekeping gambar aku bersama umi kesayangan aku. This is my mom and i love her so soo much ! Tapi ingat ! Jasa ayah kepada kita amat besar dan tidak ternilai tau :) Bye2 semua !













Hari Yang Sangat Sibuk Bermula Esok

Assalamualaikum :)

Hari ini dah 13 hb kan ? Bermakna, esok 14 hb lah kan ? kalau siapa jawab BUKAN sah sah dia kena masuk tadika balik. hehe. Okey, esok bermula lah hari yang agak menyibukkan. Actually bukan aku yang sibuk , tapi aku ni sibuk mengikut bapak aku je. hehe.

Esok (14/11/2012) bertolak ke Penang atas urusan ayah aku and kami akan stay sana 1 malam. Lusa (15/11/2012) kami kena menghadiri sambutan MAAL HIJRAH di suatu tempat di Penang jugak. 

Selepas sambutan Maal hijrah tum kami terus bertolak ke KELANTAN pulak sebab ada MUKTAMAR PAS di Putik, Kelantan. Kami akan berada di sana dalam 3 hari 2 malam. Then, the big agenda is on 19th Nov 2012. We're going to Cambodia early in the morning. As early as 6.00 AM ! Kami akan berada di Kemboja selama 6 hari 5 malam. 

Di sana , kami akan melawat beberapa perkampungan orang Muslim yang serba kekurangan dan memberikan sedikit bantuan sebagai mengurangkan beban mereka. Dalam masa yang sama , kami mengambil kesempatan untuk melawat negara orang. Maybe kami akan berkunjung ke salah satu keajaiban dunia iaitu Angkor Watt. Nanti aku akan update pengalaman kami di sana ye. 

Haa nampak tak kesibukan aku tu? hehe. Cukup lah setakat ni. Nak p main badminton dengan abuya ! challow ! Bye2 :)

Every People Can Change

Assalamualaikum :)

Manusia boleh berubah daripada jahat ke baik dan daripada baik ke jahat dan begitulah yang seterusnya . Bagi saya, berubah daripada kejahatan kepada kebaikan lebih baik daripada vice versa . kenapa ye ? here's my real life experiences :

CERITA SATU : Masa aku form2-form 4 dulu aku suka sangat main mesej especially dgn boys. well, jiwa remaja lah katakan masa tu, and time tu jugak lah keinginan aku untuk berkenalan dengan ramai orang meluap luap. Boleh dikatakan aku senang dapat kawan baru and bertukar tukar pasangan. (masa tu kira couple zaman budak sekolah lah) Tapi kan, bila dah banyak and ramai sangat lelaki yang aku kenal, aku jadi bosan. Aku jadi jemu dah nak layan sifat diorang yg JIWANG, BERLAGAK GENTLE & CARING too much mengalahkan mak bapak aku. Then lepas aku masuk kolej, aku dah mula kurangkan 'aktiviti' berkenalan dengan lelaki and aku lebih suka jual mahal. Seriously, aku ini boleh dikatakan seperti jinak-jinak merpati. Nampak mudah ditakluki tetapi sukar didekati. And alhamdulillah sampai sekarang, boleh kira dengan jari berapa orang kawan lelaki yg rapat dengan aku. Perasaan sayang itu tidak dapat dihalau jauh2 tetapi aku cuba kawal dalam hati ni and lebih suka enjoy life aku sebagai member2 yang cool and sempoi. Aku juga dapat hikmah yang tak ternilai sebab semenjak perubahan aku ini, aku dapat rasakan hubungan aku bersama ibu bapa aku lebih mesra dan rapat jika hendak dibandingkan dengan masa dulu2. sebab apa ? Sebab aku lebih banyak meluangkan masa dengan family berbanding pegang handphone 24/7 mesej dengan boys yang mcm2 karenah ada. ALHAMDULILLAH :)

Cukup lah satu cerita je. Aku dah malas. hehe. MAAF yaa, semoga bertemu lagi ! :D

me with my youngest sister :)